Menteri: Hospital Shah Alam siap Okt 2013

Projek Hospital Shah Alam yang tergendala pada 2010 dijangka akan siap mengikut jadual pada Oktober 2013 selepas projek itu ditender semula.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Shaziman Abu Mansor berkata kerja-kerja struktur hospital berkenan 98 peratus siap namun masih perlu menunggu kerja mekanikal dan kerja elektrik.

Bagaimanapun, kerja-kerja berkenaan dijangka siap pada Oktober 2013 dan akan menyediakan 300 katil dan membantu mengurangkan kesesakan di Hospital, Tuanku Ampuan Rahimah di Klang, katanya.

"Projek ini ditender semula untuk RM410 juta dan kerja-kerja bermula pada 19 Oktober 2011," katanya.

Projek berkenaan sebelum ini dijangka akan menelan kos RM482.6 juta namun pembinaannya terhenti separuh jalan dan kontraktornya juga diganti.

[Baca berita penuh]

 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.