Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Seorang warga emas serta dua rakan wanita berkenaan ditahan polis hari ini di bangunan yang menempatkan pejabat Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob.

Tuw Yin Lan, 71, serta dua rakannya ditahan selepas mendekati Adnan dan menggesa menteri besar itu meminta maaf atas kenyataan berhubung perarakan Himpunan Hijau bulan lalu.

NONE Tuw yang dikenali dengan nama Aunty Mei merupakan salah seorang daripada peserta perarakan jalan kaki sejauh 300km dari Kuantan ke Kuala Lumpur itu.

Ketua publisiti Himpunan Hijau, Lee Chean Chung ketika dihubungi berkata, Tuw marah dengan dakwaan Adnan bahawa peserta berkenaan hanya berjalan sejauh 200 meter.

"Beliau menunggu di luar pejabat (Adnan) sejak jam 11 pagi. Apabila MB muncul, beliau tampil dan meminta (Adnan) memohon maaf, tetapi (Adnan) enggan," katanya.

Menurutnya lagi, turut ditahan bersama Tuw ialah seorang lelaki, Wong Chun Yuan dan seorang lagi wanita, Yip Fong Kiew.

Kesemua individu berkenaan kemudiannya dibawa ke ibu pejabat polis daerah Kuantan, katanya.

[Baca berita penuh]

ADS