AMK mahu Najib jawab dakwaan Deepak

Ketua penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Lee Khai Loon menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tampil menjelaskan dakwaan yang ditimbulkan ahli perniagaan Deepak Jaikishan dan tidak melarikan diri daripada isu berkenaan.

"Rakyat berharap PM yang bertanggungjawab boleh berdepan dengan pelbagai teguran serta cadangan daripada orang ramai dan bukannya semata-mata berlakon untuk mencari publisiti politik murahan," katanya dalam satu kenyataan.

um pro-m talk 05022010 03 lee khai loonLee juga berkata perdana menteri sudahpun dihurung pelbagai kontroversi walaupun baru sepenggal menjadi perdana menteri.

"AMK menyifatkan PM Najib Razak (sebagai) perdana menteri yang dihambat paling banyak skandal walaupun tempoh beliau pegang jawatan PM adalah yang paling singkat dalam sejarah berbanding dengan PM yang lain.

"Walaupun pelbagai dakwaan telah dibuat ke atas Najib Razak tetapi tiada sebarang penjelasan atau jawapan diberi," katanya.

Tambahnya, rakyat Malaysia patut mendapat cerita sebenar dan sekiranya perdana menteri mendapati dakwaan Deepak tidak benar dan membawa ahli perniagaan itu ke mahkamah untuk membersihkan namanya.

Katanya, AMK antara lainnya menuntut penjelaskan mengenai dakwaan Deepak berhubung kaitan isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor dengan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Deepak juga mendakwa adik Najib, Datuk Nazim Razak membayar penyiasat persendirian P Balasubramaniam supaya menandatangani pengakuan berkanun kedua bagi menukar kenyataan mengaitkan Najib dengan kontroversi berhubung pembunuhan Altantuya.

Dalam satu kenyataan berasingan, MP Puchong Gobind Singh Deo pula menuntut Najib dan peguam negara supaya tidak berdiam diri dalam kes Altantuya dan menjalankan siasatan lanjut.

[Baca berita penuh]

 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.