Anwar jemput Zeti bincang isu aliran keluar wang haram

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menjemput Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Zeti Akhtar Aziz menyertai wacana bagi membincangkan usaha membanteras aliran keluar wang haram dari negara ini.

Menyifatkan penemuan Global Financial Integrity (GFI) berhubung perkara itu sebagai mengganggu, Anwar berkata beliau akan menghantar jemputan kepada Zeti, menteri besar dan ketua menteri Pakatan hari ini untuk menghadiri wacana itu yang dijangka diadakan pada Januari 2013.

Anwar juga berharap Zeti akan mengambil bahagian dalam perbincangan itu dan ahli Umno serta BN juga boleh berbuat demikian di mana, forum itu akan pada bulan depan.

"... jumlah aliran keluar wang haram yang meningkat 111% dari angka US$30.41 bilion (bersamaan RM94.27 bilion) pada 2009 kepada US$64.38 (bersamaan RM199.58 bilion) dalam 2010 adalah bukti kegagalan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai perdana menteri dan menteri kewangan dalam menguruskan ekonomi negara," katanya.

Anwar menyifatkan tempoh 2009 dan 2010 ini adalah tempoh kritikal pentadbiran Najib yang menggambarkan dasar dan pendekatan ekonomi yang beliau laksanakan.

[Baca berita penuh]
 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.