Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Keluarga tak percaya lelaki maut di lokap kerana 'terjatuh'

Anggota keluarga seorang lelaki yang ditemui mati dalam satu lokap polis berkata mereka tidak mempercayai dakwaan pihak berkuasa bahawa saudara mereka itu mati akibat terjatuh.

death in custody nagarajan 301212 K Nagarajan, 32, ditahan pada 21 Disember atas kesalahan didakwa bersabit dengan dadah dan ditempatkan di lokap ibu pejabat polis daerah Dang Wangi.

Beliau ditemui mati pada hari Isnin lalu sebelum sempat dibawa ke mahkamah.

Menurut bapa saudara si mati, M Krishna Murthie, keluarganya tidak boleh menerima penjelasan polis berhubung kejadian tersebut.

Bercakap dalam satu sidang media hari ini, beliau mempersoalkan bagaimana seseorang boleh mati akibat terjatuh di lokap.

Krishna Murthie berkata terdapat kesan luka misteri di bahagian bawah mata kiri mendiang, kesan lebam di bawah kening kanan dan satu luka di bahagian kaki kanan Nagarajan.

Katanya, pihak berkuasa tidak memberi penjelasan berhubung kecederaan yang dialami Nagarajan itu.

Beliau juga mengadu bahawa anggota keluarganya tidak diberitahu mengenai penahanan Nagarajan dan polis mengambil masa beberapa jam sebelum menghantar mayat untuk bedah siasat.

"Saya tidak mahu perkara sama berlaku pada orang lain. Ini harus dihentikan," katanya dalam sidang media anjuran ADUN Teratai Jenice Lee hari ini.

[Baca berita penuh]

ADS