Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Rosmah didesak jawab dakwaan Deepak beli barang kemas RM13j

dikemaskini PKR menuntut Datin Seri Rosmah Mansor menjawab dakwaan peniaga permaidani, Deepak Jaikishin bahawa dia telah membayar RM13 juta untuk membelinya barang kemas pada 2008 dan 2009.

Deepak (kanan) dikatakan telah mendakwa bahawa pembelian 19 keping barang kemas tersebut dari dua firma di Hong Kong adalah sebahagian daripada sogokan untuk melicinkan satu urusniaga tanah.

NONE Desakan itu dibuat oleh Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dalam sidang akhbar di ibupejabat parti itu di Petaling Jaya hari ini.

Bagi menyokong dakwaannya itu, beliau mengemukakan dokumen yang diperolehi parti itu melalui pengantara dari Deepak.

Dari semakan awal, Rafizi berkata beliau percaya emel, invois, ringkasan akaun dan dokumen pemindahan wang itu adalah tulen.

"Ini adalah tuduhan serius," kata Rafizi, sambil menegaskan bahawa dokumen dan dakwaan Deepak patut disiasat.

NONE Bendahari PKR, William Leong, yang turut hadir, menggesa

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dakwaan tersebut.

Ketika dihubungi, seorang pembantu kepada Rosmah berkata beliau akan menyiasat dakwaan tersebut.

Malaysiakini juga turut menghubungi syarikat barang kemas terbabit dan sedang menunggu jawapannya.

[Baca berita penuh]

ADS