Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Rosmah mahu Roti 1Malaysia diperluas ke PERMATA

Isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor mencadangkan agar Program Roti 1Malaysia diperluas untuk meliputi pusat pendidikan awal kanak-kanak PERMATA naungannya.

NONE "Saya ingin merayu dan mencadang untuk pertimbangan program Roti 1Malaysia – mungkin anda boleh pertimbang secara serius untuk memperluas program ini ke semua pusat PERMATA kami di seluruh negara," katanya semasa pelancaran program tersebut di Kuala Lumpur hari ini.

Program Roti 1Malaysia merupakan usaha untuk mengumpul roti lebihan daripada hotel mewah untuk diagihkan ke rumah kebajikan, rumah kebajikan dan golongan memerlukan.

“Pastikan roti dan croissant ini sampai kepada anak-anak ini, sebab saya tidak fikir anak-anak daripada pusat PERMATA pernah mengecapi croissant.

"Jadi tolonglah beri mereka peluang untuk merasai croissant – bukan sahaja anak-anak di rumah (jagaan) tetapi juga di pusat PERMATA," katanya.

Croissant merupakan pastri dengan lapisan mentega berbentuk bulan sabit.

[Baca berita penuh]

ADS