MCA: Hormati keputusan mahkamah isu kalimah Allah

MCA menggesa rakyat Malaysia menghormati keputusan Mahkamah Tinggi bahawa kesemua rakyat berhak menggunakan kalimah Allah.

Timbalan ketua publisiti MCA Loh Seng Kok berkata demikian dengan memetik keputusan hakim Lau Bee Lan pada 31 Disember 2009 yang menyatakan bahawa kalimah itu bukan eksklusif kepada orang Islam.

Loh dalam satu kenyataannya hari ini berkata semua pihak perlu menghormati keputusan Mahkamah Tinggi yang memutuskan perkara itu mengikut Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan.

"Ia bukan satu kesalahan bagi bukan Islam untuk menggunakan perkataan itu untuk tujuan agama dan masih ada rayuan oleh menteri dalam negeri," katanya.

Beliau mengulas isu yang ditimbulkan semula dalam perutusan Krismas setiausaha agung DAP Lim Guan Eng, yang menggesa kerajaan persekutuan untuk membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam versi Injil berbahasa Melayu.

Loh berkata kerajaan persekutuan telahpun memumtuskan penyelesaian 10 perkara pada 2 April 2011, yang membenarkan Injik, termasuk versi bahasa Melayu, dicetak di dalam negara dan diimport.

"(Oleh itu) kami menggesa semua pihak agar berhenti mempolitikkan terminologi Allah dan mengiktiraf penyelesaian 10 perkara ini di samping keputusan Mahkamah Tinggi berhubung terminologi Allah.

[Baca berita penuh]

 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.