'Beri saya imuniti, saya dedah semuanya di stadium'

Ahli perniagaan permaidani Deepak Jaikishan berkata beliau bersedia mendedahkan semua urusannya yang melibatkan personaliti yang berkuasa dalam kerajaan di perhimpunan mega Pakatan Rakyat hari ini jika pakatan pembangkang itu boleh menjamin imuniti kepadanya jika ia  memerintah.

"Jika mereka memberikan saya imuniti malam ini, esok saya akan naik ke pentas dan mendedahkan segala-galanya di Stadium Merdeka," katanya kepada Malaysiakini dalam temu-bual malam tadi.

"Mereka tidak perlu berbuat apa-apa secara bertulis, mereka hanya perlu datang kepada akhbar dan umumkan... bahawa saya akan diberi status saksi dan saya akan dilindungi sepenuhnya oleh Akta Perlindungan Pemberi Maklumat, maka saya bersedia," kata Deepak.

deepak 110113 02Deepak menambah bahawa beliau akan berada di Stadium Merdeka hari ini untuk menyaksikan Himpunan Kebangkitan Rakyat .

Ditanya mengapa beliau mencari imuniti daripada Pakatan yang bukan memerintah dan bukannya kerajaan yang ada sekarang, Deepak berkata beliau yakin bahawa pakatan pembangkang akan memerintah selepas ini.

"Saya bersedia, Saya sanggup, saya mempunyai keberanian untuk melakukannya (mendedahkan) ... Saya menyeru kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Datuk Nik Aziz (Nik Mat), Lim Kit Siang, Lim Guan Eng sila berikan saya jaminan itu - bahawa saya akan menjadi saksi - saya akan dedahkan setiap salah laku rasuah kerajaan sekarang yang saya tahu."

[Baca berita penuh]

 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.