Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Ngeh, Nga mahu blogger minta maaf
Diterbitkan:  Jan 17, 2013 12:40 PM
Dikemaskini: 6:27 AM

Dua pemimpin DAP Perak – Datuk Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming – masih tidak berpuas hati dengan penjelasan blog yang mencetus dakwaan yang mengaitkan mereka dengan skandal tanah di Kelantan.

Laporan Sinar Harian menyebut, Ngeh berkata penjelasan blog pisau.net – bahawa fakta yang dikemukakan itu tidak betul – adalah tidak memadai dan mahu pengendali blog tersebut tampil memohon maaf secara terbuka.

NONE "Terbukti, tuduhan mereka sebelum ini tidak berasas. Saya akui, pendedahan yang dinyatakan blog ini sedikit sebanyak telah membersihkan nama kami, namun ia masih belum cukup," katanya seperti dipetik akhbar tersebut.

Katanya, pembetulan yang dibuat blog berkenaan juga menunjukkan bahawa BN terpaksa menjadikan isu berkenaan sebagai modal politik.

Penjelasan blog itu timbul beberapa minggu selepas Ngeh memulakan prosiding saman terhadap pengendalinya dan juga sebuah akhbar harian berbahasa Melayu yang didakwa memfitnah beliau dan Nga.

Ngeh pada awal bulan ini memulakan tindakan saman ke atas pengendali pisau.net, Mohd Jeffrey Amin Abdul Hamid dan dan akhbar Berita Harian .

Ngeh menyaman Mohd Jeffrey atas tulisan di blog tersebut yang bertajuk "Hot! Tanah 10,526 Ekar Sebagai Syarat Nizar Jadi Menteri Besar Perak Adalah Benar" pada 17 Disember.

Berita Harian pula berdepan dengan tindakan undang-undang itu bagi artikel bertajuk "Hutan Sungai Relai Gondol" yang disiarkan di muka depan pada 27 Disember dan satu ulang-siar tulisan pisau.net mengenai isu itu.

ADS