Katanya, walaupun prosiding berkenaan masih berjalan, SPR perlu memberi penjelasan sama ada kepada umum ataupun di RCI memandangkan dakwaan berkenaan secara langsung mencabar integriti suruhanjaya tersebut.
Ambiga berkata dakwaan berkenaan akan menjejaskan keyakinan orang ramai ke atas sistem pilihan raya dan juga keupayaan SPR untuk menjalankan pilihan raya sekiranya tidak dijawab.
Bekas presiden Majlis Peguam itu turut menggesa SPR untuk membersihkan daftar pemilih dan menyatakan kebimbangan bahawa insiden yang didakwa berlaku di Sabah itu mungkin pernah berlaku di negeri lain.
[Baca berita penuh]
