Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
NGO lapor polis dakwa pelajar Islam diberi Bible

Sebuah pertubuhan bukan kerajaan, Persatuan Mukabuku Pulau Pinang, hari ini membuat laporan polis mendakwa dua lelaki mengedar kitab Bible kepada pelajar beragama Islam, di hadapan

sebuah sekolah di Jelutong di Georgetown.

Pengerusi persatuan itu, Salleh Ismail, berkata pihaknya mempunyai bukti bergambar dan video dua lelaki itu memberi Bible kecil berbahasa Inggeris kepada pelajar Melayu di sekolah menengah berkenaan.

"Kami harap pihak bertanggungjawab menyiasat kegiatan ini kerana ia melibatkan akidah umat Islam terutama generasi muda," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Balai Polis Jelutong.

Beliau berkata pihaknya membuat laporan polis kerana aktiviti pengedaran Bible kepada pelajar Islam adalah kegiatan berdakwah agama lain kepada umat Islam dan ia menyalahi Perkara 11 (4) dalam Perlembagaan Persekutuan yang melarang agama lain disebarkan kepada orang Islam.

-Bernama

ADS