Bercakap dalam satu ceramah di Kuantan malam tadi, Wong berkata kenyataannya itu memberi kesan negatif kepada generasi muda, maka beliau memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia.Menurut laporan Sin Chew Daily, Wong ketika berucap dalam ceramah DAP ceramah itu mengakui kepada para hadirin bahawa beliau silap.
Wong dilaporkan berkata kenyataan yang beremosi seperti itu akan membawa kesan negatif, terutama kepada generasi muda.
Isnin lalu, Wong berkata beliau akan membakar kilang Lynas itu sekiranya ia masih boleh beroperasi selepas pilihan raya umum akan datang.
Tanpa mengira sama ada BN terus memerintah atau Pakatan Rakyat membentuk kerajaan persekutuan yang baru, Wong dilaporkan berkata, beliau sendiri akan membakar kilang jika ia tidak ditutup dalam tempoh 30 hari selepas pilihan raya umum.
[Baca berita Penuh]