Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Isu sokongan: Hindraf beri amaran pada Pakatan
Diterbitkan:  Feb 13, 2013 5:41 PM
Dikemaskini: Feb 14, 2013 12:09 AM

Kumpulan pendesak Hindu Rights Action Force (Hindraf) memberi amaran untuk menarik balik sokongan pada Pakatan Rakyat sekiranya gabungan parti itu masih berlengah-lengah dalam menyatakan sokongan kepada rancangan lima tahunnya untuk menyelesaikan isu kemiskinan masyarakat India.

Setiausahanya P Ramesh berkata, Pakatan pada peringkat awal menunjukkan minat untuk melibatkan diri dengan Hindraf, seperti yang dilihat dalam beberapa pertemuan sejak November lalu – termasuk dengan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun, tiada apa-apa yang boleh menunjukkan kemajuan kerjasama tersebut, katanya.

"Hindraf menyatakan dengan jelas kepada Pakatan sejak awal lagi bahawa apa-apa sokongan dalam pilihan raya umum ke-13 bergantung kepada sokongan Pakatan pasa rancangan ini," katanya.

Tambahnya, tindakan melengah-lengahkan sokongan tersebut akan menjejaskan parti yang mahu melihat perubahan lanskap politik di Malaysia.

[Berita penuh menyusul]

ADS