Pegawai Felda enggan ulas video mesyuarat sekat ceramah

Pegawai Felda yang didakwa mempengerusikan mesyuarat untuk menyekat NGO ANAK daripada memasuki Felda Sungai Tengi enggan mengulas lanjut berkenaan kandungan mesyuarat itu yang dirakam dan dimuatnaik ke laman Youtube.

Pengurus Felda Sungai Tengi, Alias Hussein, yang dikenal pasti sebagai pegawai di dalam rakaman itu, hanya menjelaskan bahawa rakaman itu adalah mesyuarat Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan (JKKR) sahaja.

Beliau NONEsebaliknya menjemput Malaysiakini ke pejabatnya jika mahukan penjelasan lanjut.

Ini kerana, beliau perlu memohon kebenaran ibu pejabat Felda
sebelum memberikan ulasan seterusnya.

"Itu mesyuarat JKKR sahaja. Saya kena rujuk dengan ibu pejabat (Felda) dahulu dan saya minta awak datang ke pejabat Sungai Tengi jika mahu tahu ceritanya," katanya ringkas kepada Malaysiakini.

Presiden ANAK Mazlan Aliman sebelum ini mendedahkan satu video yang didakwa menunjukkan satu mesyuarat yang diadakan untuk menghalang ceramah NGO itu di Felda Sungai Tengi.

Tambahnya, mesyuarat tersebut antara lain turut dihadiri wakil PERKASA, Umno, Majlis Belia Felda dan Jabatan Seranta Felda.

Dakwanya lagi, mesyuarat itu turut membincangkan cubaan untuk menggagalkan program ANAK di Felda Sungai Tengi pada 4 Februari, termasuk mengadakan "huru-hara" dan juga untuk menghalang mereka daripada memasuki kawasan tanah rancangan tersebut.

"Huru-hara" yang dimaksudkan oleh pegawai Felda berkenaan, seperti yang dapat dikesan dalam video tersebut, merupakan tindakan untuk "membuat bising".

1. ANAK dakwa video tunjuk konspirasi sekat ceramah

 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.