Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menempelak pembangkang yang mendakwa kerajaan yang sedia ada tidak membantu rakyat di negara ini.

Menyifatkan dakwaan pembangkang itu sebagai "satu pembohongan", Muhyiddin berkata kerajaan memberi pelbagai bantuan kepada rakyat termasuk pemberian subsidi, pengawalan harga barang keperluan dan pemberian wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), bagi mengurang bebanan rakyat.

muhyiddin distributes brim Muhyiddin cuba meyakinkan hadirin bahawa kerajaan berusaha untuk membantu supaya rakyat supaya tidak berada dalam kesusahan.

Beliau mengemukakan beberapa langkah kerajaan membantu rakyat antaranya termasuk pemberian subsidi gula, pemberian subsidi minyak bernilai RM22 bilion setahun serta pengawalan harga barang keperluan seharian seperti ikan, sayur dan sebagainya.

"Kita sudah lima hari sambut Tahun Baru Cina. Kita masih kawal harga. Mana ada kerajaan buat macam Malaysia. Ini kerana kita mahu tolong rakyat.

"(Dakwaan) kita tak bantu, itu bohong, sebab dia (pembangkang) tak tahu. Gua tak bohong punya orang. Gua cakap betul punya orang. Kita kawal (harga barang), kalau naik, kita denda.

"Kerajaan kita berusaha untuk membantu rakyat, supaya rakyat kita tidak susah," katanya di hadapan lebih 2,000 penerima BRIM yang majoritinya pengundi Cina di Dewan Komuniti DBKL Manjalara, Segambut.

Katanya, kabinet telah memutuskan untuk memberikan bantuan BRIM selepas pemimpin kerajaan termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan beliau sendiri turun ke bawah bagi mendengar rintihan rakyat termasuk orang bujang.

"Kita turun, dan fikir... Baik ke (BRIM)? Bagus ke?" kata Muhyiddin kepada hadirin yang menyambut "bagus".

"Kalau bagus, sokong kalau betul... Ini polisi betul, kita akan teruskan. Betul tak?.

"Kalau kita tak setuju, kita hentikan... Kita mahu tahun ini, tahun depan dan sampai bila-bila (diteruskan)," katanya.

Menurutnya lagi, keputusan untuk menambah jumlah wang bantuan BRIM adalah keputusan perdana menteri, dan kenyataan beliau semalam, hanya bersifat "kemungkinan sahaja".

"Kalau ekonomi baik, ekonomi bagus, pendapatan kita banyak, kita boleh beri lebih.

"Kerajaan berusaha untuk menolong seberapa yang boleh... Kita harap dapat bantu orang ramai, walau kita ada yang tak perfect, ada isu-isu dan banyak hal... Kita akan bantu, dan polisi ini mahu kekal.

"Kita harap kita boleh bantu rakyat Malaysia seluruh negara," katanya.

ADS