Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Jui Meng: Saya sangat kecewa dengan Karpal
Diterbitkan:  Feb 20, 2013 6:40 PM
Dikemaskini: 12:18 PM

Pengerusi PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng "sangat kecewa" dengan Pengerusi DAP, Karpal Singh kerana secara terbuka menyokong Pengerusi DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau serta menggesa kepimpinan PKR pusat memulakan siasatan terhadapnya.

Chua, yang keluar MCA untuk menyertai PKR pada Julai 2009, juga sedih kerana Karpal mempersoalkan keahliannya dalam MCA.

NONE "Saya telah berkata ketika saya bersama MCA bahawa sekiranya

Umno tidak berubah, MCA akan keluar BN. Akhirnya, saya keluar MCA untuk menjaga kepercayaan politik saya dan juga untuk membantu lebih ramai orang, walaupun dilucutkan anugerah Datuk kepada saya.

"Namun, saya telah dikritik oleh Karpal (kiri) seperti ini. Saya sangat kecewa," kata Chua dalam satu temubual dengan akhbar China Press semalam.

Bekas menteri kesihatan itu juga berkata pilihan raya umum yang akan datang mungkin yang terakhir baginya kerana sudah masanya untuk beliau bersara, selepas aktif berpolitik selama kira-kira 30 tahun.

Bagaimanapun, Chua berkata, sebagai pengerusi PKR Johor, beliau masih berharap untuk bertanding di negeri itu dalam pilihan raya umum akan datang. Namun, keputusan muktamad adalah di tangan parti.

Menurutnya lagi, beliau juga tidak pernah berkata yang beliau mahu bertanding di Bakri atau kawasan parlimen Gelang Patah.

PAS tawar jadi orang tengah

Dalam perkembangan berkaitan, PAS Johor menggesa Chua dan Boo supaya menghentikan perang mulut dan parti Islam itu bersedia menjadi orang tengah.

Bagaimanapun, Pesuruhjaya PAS Johor, Mahfodz  Mohamed berkata, beliau tidak bersetuju dengan tindakan Boo secara terbuka mengecam Chua.

NONE Mahfodz (kanan) dipetik oleh akhbar Sin Chew Daily sebagai berkata

kecaman terbuka Boo itu menjejaskan imej Pakatan Rakyat Johor dan memberi gambaran bahawa pakatan pembangkang itu dalam keadaan huru-hara sebelum pilihan raya umum.

Ketiga-tiga parti dalam Pakatan Johor, katanya, telah hampir menyelesaikan rundingan agihan kerusi, dan hanya tinggal beberapa kerusi sahaja lagi.

Pertikaian mengenai agihan kerusi tidak sepatutnya menjadi sebab untuk PKR dan DAP menyerang antara satu sama lain, katanya.

"Apabila saya mendapat tahu (tentang perkara itu), saya segera menghubungi Boo dan Chua untuk mendapatkan maklumat lanjut, tetapi saya hanya dapat menghubungi salah seorang daripada mereka.

"Saya akan cuba untuk membawa mereka kembali ke meja rundingan," timbalan ketua Dewan Ulama PAS itu dipetik sebagai berkata.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi DAP Tan Kok Wai memberikan sokongannya kepada Boo, dan menambah ketua pembangkang Johor itu hanya menyatakan perkara yang sebenarnya.

Oleh itu, tidak akan ada tindakan disiplin terhadap Boo, kata Tan.

Semalam, arahan tutup mulut dikeluarkan kepada Boo dan Chua berikutan kenyataan awal Boo mengecam Chua sebagai 'angkuh' dan merosakkan hubungan antara PKR dan DAP Johor.

Kedua-dua pemimpin juga telah diarahkan supaya menyelesaikan pertikaian mereka berhubung agihan kerusi melalui saluran dalaman parti.

[Baca berita penuh]

ADS