Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Manila mahu bincang ekstradisi Amalilio
Diterbitkan:  Feb 25, 2013 5:53 PM
Dikemaskini: Feb 26, 2013 12:02 AM

Kerajaan Filipina akan menghantar satu pasukan rasmi ke Kuala Lumpur untuk membincangkan ekstradisi saudara kepada ketua menteri Sabah, Manuel Amalilio.

Menurut laporan Philippine Daily Inquirer , setiausaha keadilan negara itu Leila De Lima sudah meluluskan arahan perjalanan bagi satu pasukan pendakwa dan peguam cara negara itu untuk ke Malaysia bagi tujuan tersebut.

"Pasukan itu akan ke Malaysia pertengahan Mac memandangkan peguam negara Malaysia tidak bersedia buat masa ini untuk menerima pasukan itu," De Lima dipetik sebagai berkata demikian hari ini.

Pendakwa raya negara Claro Arellano, ketua setiausaha keadilan Jose Vicente Salazar dan pendakwa raya serta peguam cara lain adalah tertakluk kepada arahan perjalanan tersebut.

Ketika Manila Manila mendakwa Amalilio adalah seorang warga negara Filipina namun siasatan polis Malaysia menunjukkan beliau adalah seorang rakyat Malaysia yang memperolehi pasport Filipina secara tidak sah.

[Baca berita penuh]

ADS