'Ahli ACCCIM tak gembira keadaan semasa ekonomi M'sia'

Kajiselidik yang dijalankan oleh Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) menunjukkan 73 peratus daripada ahlinya tidak gembira dengan keadaan semasa ekonomi Malaysia.

NONEDijalankan antara Januari dan Februari tahun ini, kajiselidik bertajuk Situasi Ekonomi Malaysia menilai sentimen 408 responden pada separuh kedua 2012.

Terdapat juga peningkatan rasa tidak puas hati berkaitan pelaksanaan peraturan gaji minimum oleh kerajaan persekutuan, dengan 69.4 peratus responden - naik 13.5 peratus daripada separuh pertama 2012 - menyatakan dasar itu akan memberi kesan negatif terhadap perniagaan mereka.

Hampir dua pertiga, atau 65 peratus responden percaya Bajet 2013 tidak mungkin dapat memperkukuhkan permintaan domestik dan mengekalkan kestabilan ekonomi.

Bagaimanapun, masyarakat perniagaan Cina nampak optimistik mengenai prospek ekonomi Malaysia bagi 2013, 2014 dan 2015.

Timbalan ketua jawatankuasa kajiselidik sosio ekonomi ACCCIM, Peck Book Soon berkata, masyarakat perniagaan tidak gembira kerana projek besar kerajaan pergi terus kepada "budak besar", dan hanya tinggal perniagaan kecil.

[Baca berita penuh]
 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.