Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Pejuang Moro dilapor akan bantu penceroboh Sulu'
Diterbitkan:  Mar 5, 2013 2:27 PM
Dikemaskini: 7:59 AM

Bekas ketua proganda Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Hadji Acmad Bayam mendakwa bahawa para komander MNLF yang dilatih di Malaysia akan datang membantu pasukan Kesultanan Sulu di Sabah.

NONE Bayam memberitahu Buletin Manila bahawa MNLF dikatakan mempunyai simpanan senjata yang banyak yang mereka sembunyikan

di Sabah selepas latihan mereka di sana, termasuk GI buatan Belgium dan FAL, yang didakwanya dibekalkan oleh pemimpin Libya ketika itu, Muammar Gaddafi, melalui Malaysia.

Beliau menyatakan keyakinannya bahawa senjata tersebut belum ditemui pasukan Malaysia kerana ia telah disembunyikan dengan baik oleh para komander MNLF yang tinggal di Sabah.

Bayam juga mendakwa ramai penduduk Filipina yang tinggal di Sabah telah menyertai perjuangan apa yang mereka anggap sebagai "kekejaman" Malaysia dan bahawa banyak pihak sedang berusaha untuk sampai ke Sabah bagi membantu pasukan Sulu.

[Baca berita penuh]

ADS