Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Polis: Seorang musuh dipercayai terbunuh pagi ini

Ketua polis negara Tan Sri Ismail Omar berkata satu pertempuran meletus di Kampung Tanduo, Lahad Datu pagi ini, sehari selepas operasi pengeboman dilakukan ke kawasan tersebut.

Katanya, pasukannnya terpaksa melepaskan tembakan apabila ditembak dalam kejadian kira-kira jam 6.45 pagi itu.

“Saya difahamkan seorang musuh ditembak... Kami percaya dia terbunuh,” katanya.

Bagaimanapun pasukan keselamatan tidak mengeluarkan mayat tersebut atas sebab keselamatan.

Ismail juga mengesahkan kumpulan penceroboh kini menyamar dengan berpakaian preman untuk melepaskan diri daripada kepungan pasukan keselamatan.

Beliau menambah, pasukan tentera dan polis tidak mengalami kemalangan jiwa atau kecederaan dalam operasi bersama itu, sehingga hari ini.

Pasukan keselamatan bertindak ke atas militan Filipina di Kampung Tanduo tersebut dengan serangan udara selepas pertentangan lebih tiga minggu.

Ismail enggan mengesahkan jumlah musuh yang terbunuh dalam operasi berkenaan walaupun media hari ini melaporkan angka sehingga 30 orang.

[Baca berita penuh]

ADS