Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

'Jeneral' Sulu yang terbunuh beberapa hari lalu dipercayai bekas komander Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) yang dikenali sebagai Haji Musa, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Hamza Taib.

NONE Bercakap dalam sidang media di Felda Sahabat Beach Resort, Lahad Datu hari ini, Hamza berkata, mereka menjumpai pakaian Haji Musa tetapi ketika ditembak 'jeneral' itu tidak memakai pakaian seragamnya.

Hamza ( kanan ) berkata demikian ketika ditanya, antara 22 lagi yang ditempatkan di hospital Tawau dan Lahad Datu untuk bedah siasat, sama ada terdapat mayat yang dikenal pasti sebagai Haji Musa

Hamza bagaimanapun berkata beliau tidak dapat memberikan maklumat lanjut kerana lebih banyak bukti kukuh diperlukan untuk menyimpulkan perkara itu seperti dokumen dan kad pengenalan.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS