Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Warga Filipina larikan diri dari Sabah
Diterbitkan:  Mar 12, 2013 10:13 AM
Dikemaskini: 2:18 AM

Seramai 57 orang Filipina termasuk kanak-kanak tiba di Bongao, Tawi Tawi daripada Semporna dengan motobot kecil pagi semalam selepas mendakwa diburu pasukan keselamatan Malaysia.

Mereka bergerak daripada Semporna sekitar jam 8 malam pada Ahad dan tiba di Sitangkay, pulau terakhir dalam jajaran TawiTawi dan paling dekat dengan Semporna pada paginya, lapor InterAksyon .

Media yang berpangk NONE alan di negara jiran itu juga melaporkan, di Semporna, enam pegawai polis Malaysia dan enam warga Filipina terbunuh minggu lagu selepas berlaku pertempuran antara pihak berkuasa negara itu dan pihak 'kesultanan Sulu'.

Kumpulan itu memberitahu Pasukan Petugas di Tawi Tawi bahawa mereka tidak sempat membawa makanan dan wang ringgit kerana bersembunyi beberapa hari bagi mengelakkan diri daripada pihak berkuasa Malaysia yang didakwa menjejak warga Filipina tanpa dokumen dan pihak yang disyaki menyokong 'kesultanan' itu.

Pasukan petugas itu ditubuhkan bagi menangani kebanjiran warga Filipina yang dijangka pulang dari Sabah bagi mengelakkan diri daripada pertempuran dan tindakan keras pihak berkuasa Malaysia.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS