Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Polis belanja RM500,000 tangani maklumat palsu

Polis Diraja Malaysia (PDRM) membelanjakan wang sebanyak RM500,000 dalam tempoh enam bulan untuk menangani "maklumat palsu" yang tersebar di ruang siber.

NONE "Kami telah membelanjakan RM500,000 dalam tempoh enam bulan pertama tahun 2012 untuk meningkatkan keupayaan pegawai polis kita untuk melawan maklumat palsu dalam talian seperti dakwaan fitnah yang bertujuan untuk memburukkan pasukan polis," kata Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar.

Beliau berkata demikian dalam satu temu bual bersama pihak media semalam sempena Hari Polis ke-206 akan datang pada 25 Mac.

Selain itu beliau berkata, perbelanjaan itu juga bertujuan bagi menangani maklumat dalam talian yang dianggap memudaratkan ketenteraman awam seperti penyebaran maklumat palsu tentang pergaduhan isu perkauman.

Bagaimanapun, Ismail berkata, pihaknya mengakui tentang segala kritikan yang diberi kepada badan keselamatan itu.

"Orang ramai kritik kita. Kita perbaiki. Itu apa yang kami lakukan. Anda kata kami rasuah, dan kami bawakan ini (Program Transformasi) untuk berubah kerana integriti adalah penting untuk pasukan polis. Kami akan memperbaiki tetapi ia akan mengambil masa.

"Sudah tentu sejak bertahun-tahun, akan ada kesilapan oleh pihak polis seperti rasuah atau kematian dalam tahanan, jadi kami cuba untuk mengurangkannya," kata lagi.

[Baca berita penuh]

ADS