Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pak Lah yakin BN akan menang besar
Diterbitkan:  Mar 30, 2013 6:54 PM
Dikemaskini: 10:56 AM

Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi yakin dengan keupayaan BN untuk menang besar pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).

Beliau berkata ini berikutan BN telah berusaha keras membawa perubahan besar kepada negara dan rakyat menerusi pelbagai perancangan dan program transformasi.

mca chinese new year open door 100213 24 abdullah badawi "Nak kerajaan yang kuat perlu menang dua pertiga kerusi Parlimen dan saya yakin BN boleh dapat kerana mereka telah bekerja keras.

"Saya harap mereka (rakyat) akan terus bagi sokongan (kepada BN) supaya segala program transformasi dan perancangan dapat diteruskan pada masa hadapan. Itu semua adalah untuk rakyat juga," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Jiwa Murni KD Sri Pinang bersama masyarakat Permatang Sintok di Kepala Batas hari ini.

Pada program sehari itu, seramai 75 anggota pasukan simpanan sukarela Tentera Laut Diraja Malaysia bersama penduduk kampung membaiki rumah orang miskin dan Orang Kurang Upaya (OKU), menjalankan kerja gotong royong dan aktiviti membersih rumah di kawasan itu.

Mengenai pembubaran Parlimen, beliau berkata ia bukan satu isu kerana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mempunyai jangka masa tertentu untuk berbuat demikian.

- Bernama

ADS