Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

BN mengumumkan lebih banyak pemberian tunai jika berjaya mentadbir Putrajaya sepenggal lagi.

Ketika melancarkan manifestonya malam ini, Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak berkata, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan dinaikkan daripada RM500 kepada RM1,200 untuk setiap keluarga berpendapatan bawah RM3,000.

bn manifesto launch 060413 01 najib Begitu juga untuk yang bujang apabila bantuan dinaikkan kepada RM600 daripada RM250, umum Najib di hadapan ribuan pengikutnya di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Dalam acara yang turut disiarkan langsung di televisyen, Najib berkata bayaran itu akan dibuat setahun sekali dan bukannya sekali sahaja seperti sebelum ini.

Turut diumumkan dalam manifesto BN:

  • Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) dinaikkan daripada RM100 kepada RM300.
  • Bantuan persekolahan daripada RM50 kepada RM150.
  • Harga kereta akan diturunkan antara 20 hingga 30 peratus.
  • Bayaran Internet jalur lebar dikurangkan sebanyak 20 peratus.

[Baca laporan penuh]

ADS