Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata MCA telah mengembalikan kerusi parlimen Wangsa Maju kepada Umno pada pilihan raya umum akan datang.

Bahkan tegasnya, Umno tidak berniat untuk merampas mana-mana kerusi termasuk di Wangsa Maju kerana BN mengambil sikap secara konsensus untuk menyelesaikan masalah.

NONE "Di Wangsa Maju, sebenarnya dia (MCA) beri balik kepada kita. Dahulu, semasa saya jadi pengerusi perhubungan Umno negeri kerusi (itu) khusus untuk kaum India.

"Entah tak tahu macam mana, diberikan kepada MCA bertanding. Itu saya tidak tahu. Semasa saya jadi pengerusi perhubungan, saya tahu ada lebih kurang 100,000 orang India.

"Jadi saya cadangkan tempat ini diberikan kepada kaum India. Tapi diberi kepada MCA, pinjamlah. Sekarang, MCA pulangkan balik dan dia baca keadaan. Dia rasional," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan KARISMA anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat Kuala Lumpur di Putrajaya.

Beliau mengulas berhubung kemarahan ahli akar umbi MCA berhubung beberapa kerusi yang "dipinjamkan" kepada Umno dan parti komponen lain pada pilihan rayan umum akan datang.

Kerusi lain barangkali...

Antara kerusi yang menjadi pertikaian akar umbi adalah Gelang Patah, Tebrau, Wangsa Maju dan Kuantan.

Malah Pengerusi BN Wangsa Maju Datuk Shafie Abdullah dilapor membidas sikap dan tindak tanduk segelintir pemimpin MCA bahagian Wangsa Maju yang cuba menggertak BN bahagian itu menjelang pilihan raya umum.

mca member ngo support yew teong look 100413 lim choon hong Beliau menyifatkan kenyataan Setiausaha MCA bahagian Lim Choon Hong ( kanan ) yang mengugut menarik diri sekiranya ketua mereka Datuk Yew Teong Look tidak dicalonkan sebagai "memalukan BN".

Sementara itu, ditanya sama ada Umno akan bertanding kerusi lain MCA - antaranya yang disebut-sebut Gelang Patah dan Kuantan - Tengku Adnan berkata:

"Setakat ini barangkali... Kamu tunggulah (pengumuman)," katanya sambil menambah dijangka diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib hujung minggu ini atau awal minggu depan.

Diminta mengesahkan sama ada pembahagian kerusi "yang dipertikaikan" itu telah selesai, Tengku Adnan enggan menjawab secara langsung sebaliknya berkata:

"Kita ikut apa yang telah diputuskan," katanya sambil menambah selepas ini Najib akan menyampaikan watikah calon kepada ketua perhubungan Umno negeri untuk diumumkan.

ADS