Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Mukhriz turun DUN, kuatkan spekulasi bakal MB
Diterbitkan:  Apr 16, 2013 11:49 AM
Dikemaskini: 8:34 AM

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Mukhriz Mahathir akan bertanding di kerusi DUN Ayer Hitam dalam pilihan raya umum 5 Mei ini.

Ayer Hitam adalah salah satu DUN dalam parlimen Jerlun yang dimenanginya pada pilihan raya umum lalu. Satu lagi DUN adalah Kota Siputeh.

Keputusan parti mempertaruhkan Mukhriz di kerusi tersebut menguatkan lagi desas-desus beliau akan dilantik menjadi menteri besar jika BN menawan semula negeri itu.

Perkara ini sudah lama dispekulasikan, malah pemerhati politik menganggapnya sebagai masalah kerana Mukhriz sering dilihat berusaha menepis cakap-cakap itu.

Kemungkinan itu juga dikatakan kurang disenangi oleh akar umbi, termasuk penyokong pengerusi badan perhubungan Umno negeri Ahmad Bashah Md Hanipah.

Ahmad Bashah mungkin boleh bersetuju, tetapi tidak semestinya menjadi penyokongnya.

Oleh itu, soal penerimaan Mukhriz sebagai calon MB masih tidak jelas dan ini mungkin boleh menjejaskan peluang BN.

Daripada aspek lain pula, Mukriz yang dilihat sebagai 'legasi' bapanya Tun Dr Mahathir Mohamad mungkin memberi masalah kepada BN dalam rangka menawan negeri Jelapang Padi itu.

Ini kerana difahamkan terdapat kelompok 'anti-Mahathir' dalam BN sendiri yang mungkin gelisah dan tidak senang dengan kemungkinan itu.

Sementara itu, Ahmad Bashah, penyandang kerusi DUN Bakar Bata pula akan mempertahankan kerusi yang dimenanginya pada pilihan raya umum 2008.

Beliau dijangka berdepan dengan bekas pembantu kepada ketua umum PKR, Eekmal Ahmad.

Sementara itu, bekas menteri besar Datuk Seri Mahdzir Khalid akan bertanding kerusi parlimen Padang Terap menentang penyandangnya Nasir Zakaria pada pilihan raya umum nanti.

Mahdzir terpaksa melepaskan kerusi Pedu yang disandangnya sebelum ini dan ia diserahkan kepada Kama Nooriah Ibrahim. 

Parlimen

Langkawi: Datuk Nawawi Ahmad

Jerlun: Datuk Othman Aziz

Kubang Pasu: Datuk Mohd Johari Baharom

Padang Terap: Datuk Seri Mahdzir Khalid

Pokok Sena: Datuk Sahlan Ismail

Alor Star: Datuk Seri Chor Chee Heung

Kuala Kedah: Dr Zaki Zamani Abdul Rashid

Pendang: Datuk Othman Abdul

Jerai: Datuk Seri Jamil Khir Baharom

Sik: Dr Mansor Abdul Rahman

Merbok: Prof Ismail Daud

Sungai Petani: Dr Shamsul Anuar

Baling: Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim

Padang Serai: Datuk Heng Seai Kie

Kulim Bandar Baharu: Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir

DUN

Ayer Hangat: Mohd Rawi Abdul Hamid

Kuah: Nor Saidi Nayan

Kota Siputeh: Datuk Abu Hasan Sharif

Ayer Hitam: Datuk Mukhriz Mahathir

Bukit Kayu: Hitam Ahmad Zaini Japar

Jitra: Aminuddin Omar

Kuala Nerang: Badrul Hisham Hashim

Pedu: Kama Nooriah Ibrahim

Bukit Lada: Ahmad Lebai Sudin

Bukit Pinang: Mokhtar Md Nor

Derga: Dr Cheah Soon Hai

Bakar Bata: Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah

Kota Darul Aman: Loh Gim Hooi

Alor Mengkudu: Sharifah Maznah Syed Kassim Barakbah

Anak Buki: Datuk Hashim Jahaya

Kubang Rotan: Datuk Latt Shariman

Pengkalan Kundor: Norhasnita Md Isa

Tokai: Najmuddin Darus

Sungai Tiang: Datuk Suraya Yaacob

Sungai Limau: Mohd Fadzilah Mohd Ali

Guar Chempedak: Datuk Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail

Gurun: Dr Leong Yong Kong

Belantek: Datuk Mohd Tajudin Abdullah

Jeneri: Mahadzir Abdul Hamid

Bukit Selambau: M Maran

Tanjung Dawai: Datuk Tajul Urus Mat Zain

Pantai Merdeka: Datuk Ali Yahaya

Bakar Arang: Dr Lee Yean Wang

Sidam: Bee Shiong Heng

Bayu: Datuk Azmi Che Husain

Kupang: Harun Abdul Aziz

Kuala Ketil: Mohd Khairul Azhar Abdullah

Merbau Pulas: Datuk Marlia Abdul Latif

Lunas: S Ananthan

Kulim: Chua Thiong Ghee

Bandar Baharu: Nor Sabrina Mohd Noor

ADS