Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Nik Aziz lancar surat Qaradawi sokong Anwar jadi PM
Diterbitkan:  Apr 26, 2013 8:09 PM
Dikemaskini: 12:16 PM

Mursyidul Am PAS, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat hari ini melancarkan kempen risalah yang mengandungi surat surat terbuka dari Ulamak Sunni terkemuka di peringkat antarabangsa, Yusuf Qaradawi, menyokong Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri.

NONE Nik Aziz (berjubah putih) melancarkan risalah bertajuk Surat terbuka

Dr Yusuf Al Qaradawi untuk rakyat Malaysia

, di projek perumahan rakyat Pantai Permai rakyat di Lembah Pantai, Kuala Lumpur.

Mengiringi beliau ialah calon PKR kerusi Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, yang berdepan dengan saingan sengit untuk mempertahankan kerusinya. Nurul dicabar oleh Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin.

Pelancaran risalah tersebut oleh Nik Aziz di tengah-tengah kawasan Melayu yang berpendapatan rendah itu, dilihat sebagai usaha

meningkatkan sokongan Melayu-Islam kepada Nurul, yang telah merampas kerusi tersebut dari bekas Menteri, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dalam penampilan sulungnya pada pilihan raya umum 2008.

NONE Sebelum ini, Anwar dan juga Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail turut berceramah dan mengadakan tinjauan mesra di Lembah Pantai untuk meningkatkan sokongan kepada anak perempuan mereka itu (tengah dalam gambar).

Surat bertarikh 2 Mac itu ditujukan kepada rakyat Malaysia.

Qaradawi mengetuai Ittihad Ulama Dunia, badan tertinggi yang mewakili ulama Islam di seluruh dunia.

NONE "Sesungguhnya saya sendiri berpandangan bahawa Anwar Ibrahim,

“berdasarkan sejarah dan pengalaman, kebijaksanaan dan perjuangannya, kesabaran dan kecekalannya, sejak usia mudanya yang awal hingga ke hari ini, juga kecintaan yang diperolehinya daripada orang yang baik-baik dari kalangan rakyat Malaysia, dari kalangan orang Melayu dan Cina, maka dia selayaknya berada pada pilihan yang paling atas untuk memegang jawatan Ketua Kerajaan dan Perdana Menteri bagi memimpin Malaysia," tulis ulama Islam.

[Baca berita penuh]

ADS