Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Ahmad Bashah berkata pentadbiran Pakatan rakyat yang berlakunya "macam-macam hal" selama lima tahun rakyat menyebabkan rakyat menolak kepimpinan mereka dalam pilihan raya ke-13 umum semalam.

Susulan itu, katanya, rakyat juga telah hilang keyakinan kepada PAS dan Pakatan Rakyat, sekaligus membuat keputusan untuk memilih BN.

NONE Dalam pilihan raya semalam, BN berjaya memperolehi 21 kerusi manakala Pakatan mendapat 15 kerusi.

"Rakyat dapat lihat dan merasai pengalaman lima tahun bawah pembangkang yang macam-macam hal berlaku... Sudah tentu mereka (rakyat) memberi balik kepada BN.

"Lima tahun adalah jangka masa yang panjang. Rakyat membuat keputusan bijak," katanya kepada pemberita selepas mengumumkan pembentukan kerajaan BN awal pagi ini.

Sambil mengucapkan kesyukuran, beliau yang juga ADUN Bakar Bata berharap pembangkang dapat menerima kekalahan mereka sepertimana Umno menerima kekalahan mereka pada 2008, kerana rakyat telah mengadilinya

Menurutnya lagi, pada awalnya BN mensasarkan sembilan atau 10 kerusi tetapinya bersyukur kerana tercapai apabila mereka kalah lima daripada 15 kerusi parlimen yang dipertandingkan.

NONE "Jadi jangkaan kita agak tepat," katanya sambil mengakui kecenderungan pengundi Cina yang tidak menyokong BN.

BN kalah di kerusi parlimen Pokok Sena, Kuala Kedah, Alor Setar, Sungai Petani dan Padang Serai - yang mempunyai ramai pengundi Cina antara 17 hingga 28 peratus.

Dalam sidang media berasingan, timbalannya Datuk Mukhriz Mahathir pula berkata kerajaan Kedah yang bakal dibentuk akan memberi perhatian serius mengenai isu polarisasi pengundian seperti yang dinyatakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Beliau yang diumumkan bakal menteri besar negeri, menyedari perkara itu dengan menyifatkan polarisasi kaum "membahayakan" dan mendakwa taktik DAP berjaya menimbulkan kemarahan orang Tiong Hua.

"Sebelum ini tidak ada... Jadi (kita) tak mahu polarisasi dan saya yakin BN sentiasa beri perhatian kepada kehendak-kehendak mereka (Cina).

"Kita mesti ada toleransi, kompromi dan tidak boleh menuntut segala-galanya... Di Kedah, kita akan memberi perhatian serius perkara ini ," katanya beliau memerlukan sekurang-kurangnya seminggu untuk memilih barisan exco di negeri itu.

ADS