Tragedi operasi di Sungai Padang, anggota APMM maut dan dua lagi cedera
Diterbitkan: Oct 27, 2026 1:44 PM
Seorang anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) maut manakala dua lagi cedera ketika sedang menjalankan operasi di Sungai Padang, perairan Kuala Perlis di Kangar malam tadi.
Ketua Polis Daerah Kangar ACP Yusharifuddin Mohd Yusop ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian itu yang berlaku kira-kira 11 malam tadi, bagaimanapun beliau memaklumkan maklumat lanjut mengenainya hanya boleh dikeluarkan pihak APMM.
“Saya hanya boleh sahkan menerima laporan kejadian ini, maklumat lanjut mengenai kejadian ini hanya pihak APMM yang akan keluarkan,” katanya.
Difahamkan, APMM dijangka mengadakan sidang media tentang kejadian itu petang ini.
- Bernama
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi
/file/attachments/orphans/ACPYusharifuddinbinMohdYusop1_293715.png)

Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.