Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Khalid dijangka dilantik MB, dengan barisan exco baru

Ini adalah hari keempat selepas pilihan raya umum Ahad lalu, dan masih tidak ada tanda-tanda bila menteri besar Selangor yang baru akan mengangkat sumpah.

NONE Tidak seperti dua negeri Pakatan negeri yang lain di mana menteri besar masing-masing telah mengangkat sumpah,

kelewatan tersebut menguatkan lagi spekulasi bahawa Pakatan sedang menimbang untuk menggantikan penyandang MB, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Spekulasi itu tercetus apabila PKR hanya memenangi 14 kerusi negeri berbanding dengan DAP dan PAS yang masing-masing mendapat 15 kerusi.

Sumber-sumber memberitahu Malaysiakini bahawa walaupun beberapa pemimpin akar umbi PAS merasakan jawatan MB perlu diberikan kepada parti mereka, tetapi pucuk pimpinannya  tidak berkongsi pandangan tersebut.

Malah, Setiausaha Agung PAS Mustafa Ali dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng kedua-duanya telah menyuarakan sokongan kepada Khalid untuk meneruskan perkhidmatanya bagi penggal keduanya sebagai menteri besar.

Dengan sokongan yang kuat daripada kedua-dua rakan-rakan Pakatan itu, maka kemungkinannya ialah Khalid akhirnya akan dinamakan untuk jawatan tersebut, walaupun ada puak dalam PKR yang mahukan  pengerusi PKR Selangor, Azmin Ali menjadi MB.

Dan walaupun terdapat beberapa aduan mengenai dakwaan gaya fleksibel Khalid bekerja, berbanding dengan Azmin, tetapi sumber-sumber berkata, Khalid mempunyai kelebihan berdasarkan rekod cemerlang kerajaan Selangor dalam tempoh lima tahun yang lalu.

Azmin Ali. Di bawah kepimpinan beliau, Pakatan Rakyat juga telah

memenangi majoriti lebih daripada dua pertiga dalam pilihan raya yang sengit, berdepan dengan BN yang bertekad untuk merampas semula negeri itu.

Menurut sumber-sumber itu lagi, parti-parti komponen Pakatan Rakyat sedang berunding mengenai kuota barisan exco dan jawatan speaker negeri.

Kuota exco sebelumnya ialah masing-masing 4-3-3 bagi PKR-DAP-PAS.

Tetapi dengan kejayaan PAS memenangi lebih kerusi daripada PKR, maka kemungkinan PAS mendapat satu lagi jawatan exco, atau PAS diberi jawatan exco kanan, yang disandang oleh Teresa Kok dari DAP.

Dengan  Khalid dijangka kekal sebagai MB, beliau mungkin berdepan dengan barisan exco baru, dengan ketiga-tiga pihak dijangka menggantikan muka-muka lama.

[Baca berita penuh]

ADS