Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Timbalan Presiden PKR Azmin Ali hari ini mengesahkan berhubung pesanan tweet beliau yang sinis terhadap perhimpunan mempertikaikan keputusan pilihan raya umum ke-13 di Kelana Jaya, Selangor pada Rabu lalu.

Ini kerana beliau merasakan terdapat kaedah lebih baik untuk menguruskan isu penipuan dalam pilihan raya.

Beliau memberitahu pemberita bahawa daripada mengadakan NONE perhimpunan, apa yang patut ahli Pakatan lakukan ialah mengumpul maklumat penipuan daripada semua agen pengundian dan pengiraan undinya dan bekerja ke arah petisyen pilihan raya.

Sambil menegaskan beliau tidak menentang hak berhimpun seperti yang termaktub dalam perlembagaan, beliau sempat bertanya:

"Adakah kita hendak berhimpun setiap hari, setiap minggu atau setiap bulan?"

Sebaliknya, tegas Azmin, mereka perlu mula bekerja dan bukannya terlalu banyak berpolitiking kerana pilihan raya umum yang akan menjelang beberapa tahun saja lagi.

Bagaimanapun, katanya, beliau tidak menghadiri perhimpunan raksasa di Stadium Kelana Jaya bukan kerana protes tetapi kerana beliau ada "mesyuarat".

"Saya tidak hadir kerana ada mesyuarat dengan rakan-rakan mengenai perkara ini (pelantikan menteri besar Selangor)... tetapi saya akan hadir di perhimpunan yang lain," katanya. 

[ Baca berita penuh]

ADS