Lebih 30,000 berduyun hadiri perhimpunan 505 di JB

Kawasan terbuka dekat cabang PKR Puteri Wangsa berhampiran Ulu Tiram sesak dengan lebih 30,000 orang menghadiri perhimpunan kelima Black 505 Pakatan Rakyat yang berlangsung di Johor Bahru.

johor black rally 160513 anwarSelepas perhimpunan mega di Petaling Jaya, Pulau Pinang, Ipoh
dan Kuantan, perhimpunan malam tadi yang bertukar tempat ekoran bantahan pihak polis, telah menarik kehadiran ramai golongan muda yang tidak berpuas hati dengan keputusan pilihan raya umum ke-13.

Pihak penganjur berkata, kira-kira 100 anggota polis hadir memantau tetapi tidak campur tangan sewaktu perhimpunan selama empat jam itu.

Pembaharuan pilihan raya

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang tampil pada kira-kira 10 malam sejurus sebelum perhimpunan selesai, berkata beliau tidak akan meletak jawatan atau bersara kerana mendapat sokongan majoriti rakyat.

Beliau bertanya di mana ada negara di dunia di mana seorang pemimpin mendapat 47 peratus undi popular  dan mentadbir negara.

johor black rally 160513 2Dengan penuh bersemangat, Anwar memberitahu perhimpunan
itu bahawa beliau tidak meletak jawatan kerana mendapat 51 peratus undi popular dan mendakwa telah dinafikan kemenangan kerana penipuan.

Penganjur kemudiannya mengangar kira-kira 60,000 menghadiri perhimpunan tersebut.

Sementara itu, Ketua Pemuda DAP yang juga ADUN Mengkibol, Tan Hong Pin menggesa hadirin memikirkan apakah peranan yang boleh mereka mainkan dalam proses pembaharuan pilihan raya.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Tan berkata, beliau menggesa penyokong untuk tidak berputus asa kerana misi di hadapan mereka adalah lebih besar.

Sesetengah kereta mereka yang menghadiri perhimpunan itu dilaporkan dirosakkan, menurut Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching di laman Facebook.

Katanya beliau balik dari perhimpunan Black 505 itu dengan selamat, tetapi mendakwa ada kereta yang disembur dengan asid, termasuk kereta salah seorang ahli DAP di Kulai yang meletakkan keretanya 1km dari tempat perhimpunan.

[Baca berita penuh]

 

 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.