Hindraf minta Mohan, Uthayakumar 'diam'

Hindraf meminta Ketua Pemuda MIC, T Mohan dan pemimpin de facto Hindraf, P Uthayakumar supaya "diam" dan menghentikan kecaman mereka terhadap pelantikan P Waythamoorthy sebagai timbalan menteri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

NONEPenasihat Hindraf, N Ganesan berkata tindakan untuk terus
memperbesarkan perkara itu akan hanya membuat ketidakcekapan mereka dan organisasi mereka "menjadi lebih jelas dan lebih ketara".

Oleh itu, beliau menasihatkan Mohan dan Uthayakumar supaya diam.

"Dengan membaca secara tersirat (pelantikan Waythamoorthy), kesimpulannya ialah jelas bahawa tidak ada individu atau organisasi yang mempunyai kemampuan yang sama untuk membawa perubahan yang diperlukan bagi masyarakat India," katanya.

Ganesan berkata masa akan membuktikan kebijaksanaan pilihan Najib itu.

NONEMohan dan Uthayakumar adalah antara mereka yang mengecam pelantikan mengejut Waythamoorthy dalam pentadbiran Najib.

Uthayakumar (kanan), yang merupakan abang Waythamoorthy menganggap adiknya sebagai "mandur terbaru India" dan sebagai "Samy Vellu baru".

Pemuda MIC dan Kongres India Muslim (Kimma) yang mesra BN turut menyatakan rasa tidak puas hati mereka terhadap keputusan Najib memilih Hindraf, berbanding dengan mereka telah lama setia kepada parti pemerintah.

[Baca berita penuh]

1. Uthaya: 'Waytha jadi Samy Vellu baru'

2. Pemuda MIC: Dari Wayta, baik IPF

3. 'MIC terus jadi payung kepada masyarakat India'

 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.