PKR cuba kawal pentadbiran Khalid

PKR nampaknya sedang berusaha untuk mendapatkan kawalan  yang lebih besar dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor, dengan PKR negeri mencadangkan calon-calon yang bukan sahaja untuk barisan exco negeri tetapi juga dalam syarikat-syarikat berkaitan kerajaan dan Pejabat Menteri Besar.

Antara lain, dikatakan terdapat usaha melobi yang bersungguh-sungguh supaya Azmin Ali - pengkritik paling keras terhadap Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim - mengisi jawatan exco kanan negeri.

NONEBagaimanapun, Timbalan Pengerusi PKR Selangor, Zuraida Kamaruddin
(kiri) berkata, ini bukan untuk mengawal Khalid atau sumber-sumber negeri, tetapi untuk memastikan bahawa dasar-dasar Pakatan Rakyat yang lebih baik diterjemahkan di peringkat negeri.

Katanya, cadangan itu dibuat kerana menurutnya negeri itu tidak memainkan peranan yang secukupnya dalam tempoh lima tahun yang lalu.

Dalam pilihan raya umum ke-14, kata Zuraida, pihaknya berharap akan mendapatkan sokongan yang lebih kukuh dari syarikat-syarikat berkaitan kerajaan dan rangkaian kerajaan, yang kini tidak banyak memberi sokongan.

Sama ada ini akan menjadi kenyataan akan bergantung kepada Khalid yang mempunyai kata putus.

Menteri besar dipercayai menentang langkah PKR negeri itu, dengan mendesak Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menjadi pendamai antara beliau dan kepimpinan PKR Selangor.

Zuraida berkata, beliau telah mengemukakan hujah-hujahnya, "tetapi prosesnya ialah "kami mencadangkan dan beliau yang memutuskannya".

Penyandang dari PKR dijangka digugur

Dijangkakan tidak seorang pun penyandang jawatan exco PKR akan dikekalkan jawatan mereka kerana kepimpinan PKR Selangor mahu "memberi peluang kepada orang baru".

"Kita mahu memberi semua orang peluang. Hanya dengan itu kita akan tahu siapa yang lebih baik. Kita adalah sebuah parti reformis, jadi kita percaya bahawa dengan muka-muka baru, akan datang idea-idea baru," katanya.

Ini bermakna ADUN Bukit Lanjan, Elizabeth Wong, yang dilihat sebagai penyokong kuat Khalid, tidak akan dilantik semula.

Penggal lalu, PKR mempunyai empat anggota exco, termasuk ADUN Seri Andalas Dr Xavier Jeyakumar, ADUN Kota Anggerik Yaakob Sapari dan ADUN Batu Tiga Rodziah Ismail

NONESelangor PKR mahu Azmin, yang merupakan pengerusi PKR negeri dan
timbalan presiden PKR, mengisi jawatan exco kanan kerana senioriti beliau dalam parti.

Dengan memegang jawatan exco kanan, ia dilihat membolehkan Azmin mengawasi portfolio yang mentadbir sumber-sumber yang banyak di Selangor, termasuk tanah, pelaburan dan infrastruktur.

Zuraida enggan menamakan dua calon, tetapi menurut spekulasi, PKR Selangor sedang melobi untuk ADUN Batu Caves, Amiruddin Shari dan ADUN Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Zuraida berkata PKR, yang akan mengisi tiga jawatan exco, juga mengambil "nasihat" istana supaya lebih ramai wakil Melayu dalam barisan exco bagi "mengimbangi komposisi kaum".

Bagaimanapun, katanya, PKR akan mempunyai seorang ahli exco bukan Melayu dari kalangan wakil Cina dan India, bergantung kepada senarai akhir calon exco DAP.

DAP hari ini dinamakan ADUN Sungai Pinang, Datuk Teng Chang Khim dan ADUN Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah sebagai exco pilihan parti itu dan seorang lagi belum dinamakan.

NONEOrang yang ketiga yang dispekulasikan ialah sama ada ADUN Kota Alam, V Ganabatirao atau ADUN Subang Jaya, Hannah Yeoh (kiri).

Walaupun Xavier adalah sebahagian daripada barisan exco penggal lalu, tetapi dipercayai beliau akan dilantik semula jika DAP tidak memilih Ganabatirao.

Ahli exco dijangka mengangkat sumpah minggu depan, dengan Khalid dipercayai akan memuktamadkan senarai excp hujung minggu ini.

[Baca berita penuh]
 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.