Khalid tak bimbang jika Azmin jadi exco

EKSKLUSIF Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim yakin pentadbiran kerajaan negeri Selangor tidak akan pincang kerana yakin dengan kemampuannya untuk mengetuai pentadbiran itu buat penggal kedua selepas mengangkat sumpah minggu lalu.

Bercakap dalam wawancara eksklusif dengan Malaysiakini pagi ini, bekas tokoh koporat berusia 66 tahun itu berkata oleh kerana beliau berjuang sewaktu zaman Reformasi, maka beliau perlu jujur dalam pentadbirannya.

khalid ibrahim interview 190513 04"Saya datang dari (zaman) Reformasi dahulu. Apa yang teruk yang boleh berlaku kepada saya? Saya tidak boleh mentadbir? Kalau saya tidak boleh mentadbir, saya tidak akan melakukannya.

"Kamu datang daripada kumpulan ini, yang mahu kamu berkhidmat kepada rakyat. Sekiranya kamu ingin berkhidmat, kamu mesti merendah diri (humility) untuk menerangkan kepaada rakyat Selangor bahawa kamu boleh mentadbir," katanya.

Beliau menjawab soalan berhubung kemungkinan kemasukan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali dan kumpulannya dalam majlis eksekutif negeri boleh menjejaskan kedudukannya.

"Tidak," tegasnya apabila ditanya sekiranya kehadiran Azmin mungkin boleh memberi kesan kepada gaya pengurusan pentadbiran Khalid.

khalid ibrahim interview 190513 01Mengulas mengenai kemampuan peranannya dalam parti pula, Khalid yang juga ahli parlimen Bandar Tun Razak berkata beliau perlu bijaksana menyatakan sesuatu yang betul dan memberitahu pemimpin parti apa yang dilakukannya adalah tepat.

Sebagai contoh, katanya, terdapat ramai di kalangan pemimpin partinya yang didakwanya mahu  menggunakan syarikat berkaitan kerajaan (GLC), untuk mendapatkan duit bagi tujuan politik.

"Saya perlu bijak. Saya kata, kita dalam gerakan Reformasi. Kita percaya bahawa kita tidak boleh menggunakan wang rakyat, sebarang tindakan untuk mendapat wang, melakukan sesuatu melampaui CSR (tanggungjawab sosial korporat) yang biasa, ia tidak boleh diterima," katanya.

Katanya, beliau akan menganggap cadangan seperti itu sebagai satu perkara yang teruk.

Bagaimanapun, golongan pemimpin parti yang tidak dinamakannya itu akan bertenang selepas beliau memberikan penjelaskan, katanya lagi.

"Tapi kemudiannya selepas ia boleh diterima akal, mereka akan tenang," katanya sewaktu ditemubual di kediamannya di Bukit Damansara.

[Baca berita penuh]

 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.