Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Salah tuduh, MP pembangkang disiasat polis
Diterbitkan:  May 23, 2013 3:33 PM
Dikemaskini: 7:37 AM

Anggota Parlimen Serdang daripada DAP Ong Kian Ming disiasat polis berhubung ekoran kesilapan menuduh seorang pemilih berdaftar sebagai warga asing yang cuba mengundi semasa pilihan raya umum 5 Mei lalu.

Pegawai polis daripada Bukit Aman menghabiskan kira-kira sejam merakam percakapannya di pejabatnya di Seri Kembangan, Selangor pada Selasa.

NONE "Beliau memberitahu siasatan berdasarkan laporan media yang disiarkan sehari sebelum ini (Isnin) di The Star . Saya sedang disiasat bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan," kata Ong ketika dihubungi hari ini.

Ketika ditanya sama ada individu terlibat memfailkan laporan terhadapnya, Ong ( kiri ) berkata laporan dibuat oleh pihak polis sendiri.

Lelaki keturunan India dengan nama Cina Chua Lai Fatt sebelum ini dituduh sebagai pengundi asing.

Ong dilaporkan mengetengahkan nama Chua yang merupakan pengundi kali pertama sebagai contoh terhadap dakwaan Suruhnjaya Pilihan Raya (SPR) mengeluarkan Mykad kepada pendatang asing pada 4 Mei, sehari sebelum pilihan raya umum.

Menyedari kesilapan itu, Ong bagaimanapun dilapor memohon maaf dan mahu bertemu dengan Chua dan keluarganya angkat Cinanya yang memberikan nama itu bagi menyatakan perkara itu secara peribadi.

[Baca berita penuh]

ADS