'Polis kejar, jangan lari' - pesan Makcik BERSIH

'Makcik BERSIH' atau nama sebenarnya Annie Ooi mencuri perhatian peserta majlis nyalaan lilin di Lokap Berpusat Kuala Lumpur di Jinjang apabila menggesa mereka agar tidak bertempiaran lari sekiranya dikejar polis yang berkawal.

NONEDalam ucapan ringkasnya di majlis itu, beliau menegaskan mereka tidak melakukan sebarang kesalahan dan hanya perlu berjalan menjauhi polis yang menghampiri mereka.

"Kita bukan perompak atau pembunuh.

"Kalau polis datang dekat kita, kita jalan pergi perlahan-lahan. Jangan lari bertempiaran macam pengecut," katanya disambut sorakan gembira kira-kira 700 peserta majlis itu.

Beliau kemudian mengundang ketawa kecil orang ramai apabila mengeluarkan sebatang berus gigi daripada beg uncangnya sebagai tanda bersedia untuk bermalam di dalam lokap.

"Kita semua perlu bersedia untuk dilokap kalau polis mahu tangkap semua rakyat Malaysia," katanya disambut tepukan dan sorakan orang ramai.

NONEMajlis malam tadi diadakan sebagai tanda bersama dengan Naib Presiden PKR, Tian Chua; aktivis NGO Asalkan Bukan Umno (ABU), Haris Ibrahim, dan aktivis PAS, Datuk Tamrin Ghafar yang ditahan di bawah Akta Hasutan 1948.

Mereka memasang lilin sebagai tanda sokongan kepada ketiga-tiga orang itu yang ditahan di lokap berpusat itu..

Turut berucap di majlis malam tadi adalah bapa Adam Adli, Abdul Halim Abdul Hamid,  Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok, dan beberapa orang awam yang diberikan peluang berucap.

1. Tian, Haris, Tamrin pula ditahan

 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.