Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib berkata, beliau akur dengan keputusan parti berhubung penyertaan dalam perhimpunan mempertikaikan keputusan pilihan raya 'Black 505' yang akan diadakan pada 15 Jun ini.

NONE Harun ( kanan ) bagaimanapun berkata, kenyataannya sebelum ini yang mengatakan PAS tidak menganjur dan mengambil bahagian dalam perhimpunan tersebut secara sukarela merupakan pendapat peribadi beliau.

Jelasnya, pendapat tersebut diberi sekiranya perhimpunan tersebut bertujuan untuk mengadakan revolusi.

"Saya kata kalau perhimpunan untuk revolusi itu saya tak setuju. Bercanggah dengan dasar parti.

"Tapi kalau perhimpunan aman dan ada ceramah. Itu tak apa. Kita memang kita dah biasa.

"Saya ikut keputusan parti. Keputusan saya sebelum ini pendapat saya sebelum parti ada keputusan. Jadi sekarang pendapat saya ialah ikut keputusan parti," katanya ketika dihubungi Malaysiakini .

Semalam dalam mesyuarat bulanan PAS, timbalannya Mohamad Sabu berkata, parti sebulat suara bersetuju untuk menyertai perhimpunan 'Black 505' anjuran Pakatan Rakyat.

ADS