Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Shabery: K'jaan tiada rancangan untuk kawal Internet
Diterbitkan:  Jun 11, 2013 1:40 PM
Dikemaskini: 7:55 AM

Menteri Komunikasi Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dalam nada berbeza berkata kerajaan kini tidak mempertimbangkan untuk menggubal undang-undang bagi mengawal media Internet.

Ahmad Shabery dalam satu laporan Sin Chew Daily berkata demikian ketika menjawab satu soalan melalui SMS.

Sin Chew Daily meminta Ahmad Shabery menjelaskan perkara itu, susulan kenyataan menteri berkenaan pada Isnin lalu bahawa kerajaan BN sedang mengkaji kemungkinan mengawal portal berita seperti yang dijalankan di Singapura.

Kerajaan Singapura mengumumkan bahawa semua portal berita di negara itu, yang mencapai sekurang-kurangnya 50,000 pembaca sebulan, perlu mendapatkan lesesn dari pihak berkuasa.

Dasar yang berkuatkuasa pada 1 Jun itu dilihat oleh pemerhati sebagai usaha Parti Tindakan Rakyat Singapura untuk mengawal penentangan dari kalangan warga maya.

Tindakan berkenaan menerima bantahan lebih 2,000 warga Singapura yang mengadakan perhimpunan bagi membantah peraturan baru itu.

[Baca berita penuh]

ADS