Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Pengarah strategik MIC, S Vell Paari merancang untuk mendedahkan nombor telefon mereka yang mengancam pemberi maklumat  isu bilik persalinan dijadikan kantin di SK Seri Pristana di Sungai Buloh.

NONE Katanya, beliau sedang memikirkan untuk menyiarkan nombor telefon tersebut dalam akhbar Tamil Nesan.

Menurut Vell Paari, beliau telah bercakap dengan pemberi

maklumat itu, Guneswari Kelly - ibu kepada salah seorang pelajar di SK Seri Pristana.

Katanya, beliau telah meminta Guneswari menyerahkan kepadanya nombor telefon mereka yang mengancamnya.

"Saya juga memberitahu beliau bahawa jika anaknya terus diganggu oleh guru-guru, saya sendiri akan pergi ke sekolah dan berjumpa dengan mereka," katanya.

Foto dipaparkan di FB

NONE Vell Paari melahirkan rasa kesalnya bahawa kejadian

diskriminasi seperti itu berlaku di sekolah.

"Ia menyedihkan... guru-guru sepatutnya menjaga murid-murid. Kementerian Pelajaran dan polis perlu menyiasat aduan Guneswari," katanya.

Semalam, Guneswari yang memuat-naik gambar murid bukan Islam di SK Seri Pristana makan di bilik persalinan,  mengadu menerima panggilan mengancam.

[Baca berita penuh]

ADS