Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Saya mahu anak saya balik, kata Indira Gandhi
Diterbitkan:  Jul 27, 2013 2:33 PM
Dikemaskini: 6:44 AM

Seorang bapa yang telah menukar agama tiga anaknya kepada Islam tanpa pengetahuan isterinya, akan berdepan dengan prosiding menghina mahkamah kerana enggan menyerahkan kembali anak bongsunya kepada ibunya walaupun Mahkamah Tinggi telah membatalkan pertukaran agama tersebut.

indira gandhi children custody case 110310 ipoh high court Prosiding menghina mahkama akan difailkan terhadap bekas suaminya, Mohd Ridzuan Abdullah, yang dahulunya dikenali

sebagai K Patmanathan, untuk memaksanya  menyerahkan kembali Prasana Diksa, yang berusia lima tahun, kepada ibunya M Indira Gandhi, lapor New Straits Times hari ini.

"(Pada bulan Mac 2010), Mahkamah Tinggi telah memberi hak penjagaan ketiga-tiga kanak-kanak itu kepada Indira. Bagaimanapun, bekas suami Indira, yang mengambil anak bongsunya itu sejak April 2009, enggan mematuhi perintah mahkamah itu.

"Sekarang apabila Mahkamah Tinggi (pada hari Khamis) telah memutuskan bahawa penukaran agama tiga kanak-kanak tersebut kepada Islam oleh bapa adalah batal dan tidak sah, maka kami akan memfailkan suatu kes menghina mahkamah terhadap beliau (Mohd Ridzuan) kerana gagal mengembalikan kanak-kanak itu kepada ibunya seperti dalam perintah jagaan," peguam Indira M Kulasegaran (atas, kanan) dipetik sebagai berkata.

Dua lagi kanak-kanak tersebut berada bersama ibu mereka.

Menurut keputusan yang dibuat oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada tahun 2009, jika ibu atau bapa memeluk Islam, maka anak-anak di bawah umur akan menjadi seorang Muslim dan penjagaannya adalah dengan ibu atau bapa yang beragama Islam.

Bagaimanapun, ia bercanggah dengan undang-undang sivil, yang memberi hak yang sama kepada ibu dan bapa dalam menentukan agama anak di bawah umur, yang membawa kepada kes Indira itu.

Sementara itu, Utusan Malaysia hari ini melaporkan bahawa Mohd Ridzuan akan merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu.

Peguamnya, Hatim Musa mengesahkan bahawa beliau telah menerima arahan untuk memfailkan rayuan, lapor akhbar tersebut.

[Baca berita penuh]

 

 
 

 

ADS