'Saya tak sangka mereka nak bunuh Sanjeevan'
Diterbitkan: Jul 30, 2013 11:44 AM | Dikemas kini: Jul 30, 2013 3:27 PM
Ketika Pengerusi MyWatch R Seri Sanjeevan sedang bertarung nyawa di Hospital Serdang selepas cubaan membunuh, pihak yang rapat dengannya pula dihurung kebimbangan berhubung soal keselamatan mereka.
Rakannya S Gobi Krishnan, yang juga penasihat NGO antijenayah, secara tiba-tiba membatalkan lawatannya ke hospital kerana memikirkan faktor keselamatan dirinya.
Bagaimanapun, bagi bapa mangsa P Ramakrishnan, 64, sebaliknya apabila tampil tenang.
"Saya orang tua, anggota badan pun sudah tidak bernilai," Ramakrishnan, bekas peguam jenayah selama 30 tahun, kepada Malaysiakini di lobi Hospital Sedang malam tadi.

