Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pengetua SK Alam Megah mohon maaf pada pelajar

Pengetua SK Alam Megah, Yati Dani , yang sebelum ini memberitahu pelajar supaya "balik India dan China", memohon maaf kepada pelajar semasa perhimpunan sekolah itu hari ini.

NONE Mengesahkan perkara itu, timbalan pengerusi MIC bahagian

Shah Alam, A Prakash Rao (kiri) berkata beliau telah dimaklumkan mengenai permohonan maaf itu oleh mereka yang hadir di sekolah itu pada masa tersebut.

"Saya dimaklumkan beliau memohon maaf semasa perhimpunan, seperti janjinya kepada saya apabila kami bertemu beliau, di hadapan seorang pegawai jabatan pendidikan negeri (PPD).

"Sesetengah ibu bapa juga berada di kawasan sekolah ketika itu," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, kini terpulang kepada Kementerian Pelajaran untuk membuat keputusan sama ada untuk mengambil tindakan terhadap pengetua tersebut.

Menurut seorang wartawan yang membuat liputan permohonan maaf secara terbuka Yati itu, pengetua tersebut berkata "manusia biasa tidak dapat lari daripada kesilapan".

headmistress sm alam megah apologies to student 020813 04 "Di sini, atas kasih dan sayang, saya memohon pemaafan kalau terdapat sebarang kesilapan sepanjang mentadbir sekolah ini, khasnya apa yg telah berlaku pada minggu lepas di mana pelajar-pelajar menyanyi tiga lagu patrotik, pada masa itu saya telah memberi teguran yg mungkin menyinggung sensitiviti sesetengah pihak.

"Niat saya adalah hanya sekadar menasihati semua murid, tak kira kaum, untuk menjadi warga malaysia yang lebih patrotik, seperti kata pepatah, di mana bumi dipijak, disitulah langit dijunjung.

headmistress sm alam megah apologies to student 020813 01 "Saya sebagai pengetua sekolah ini, amat berbangga dengan murid saya dan I love you all," katanya.

MIC bertemu pengetua tersebut pada 31 Julai lalu, dan mendakwa beliau meminta maaf kerana berkata demikian sewaktu perhimpunan pada 22 Julai, kerana marah dengan bunyi bising oleh pelajar semasa lagu Negaraku dimainkan.

MIC berkata, pengetua itu mendakwa beliau juga pada masa yang sama, telah memberitahu pelajar Melayu supaya "kembali ke Indonesia".

Pihak sekolah enggan membuat sebarang kenyataan kepada media.

[Baca berita penuh]

ADS