Pemilihan semula CEC DAP satu pengakuan bersalah: KJ

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menganggap keputusan DAP untuk mengadakan pemilihan semula jawatankuasa pusat eksekutif (CEC) pati itu sebagai satu "pengakuan bersalah".

dap national congress 151212 new cec"Saya tidak tahu mengapa ia mengambil masa yang lama, akhirnya mereka mengakui mereka salah dalam isu ini, dengan keputusan untuk mengadakan pemilihan semula," katanya kepada pemberita pagi ini.

Beliau memberi komen tersebut sewaktu sidang akhbar di majlis perasmian Pertandingan Dasar Awam Sunway di Universiti Sunway hari ini.

"Mengapa isu ini berpanjangan? Isu ini telah dipolitikkan, sedangkan mereka tahu bahawa mereka salah.

"Akhirnya, mereka ikut keputusan dan cadangan ROS (Pendaftar Pertubuhan)," katanya.

NONEKhairy mendakwa bahawa masa yang diambil bagi DAP membuat keputusan tersebut "jelas menunjukkan mereka hanya tahu bagaimana hendak mempolitikkan keputusan yang dibuat oleh sebuah agensi kerajaan."

Semalam, DAP tunduk kepada tuntutan ROS supaya mengadakan pilihan semula CEC parti itu.

Bagaimanapun, setiausaha publisiti DAP, Tony Pua (kanan) menegaskan bahawa keputusan itu dibuat hanya untuk mengelakkan pembatalan pendaftaran parti itu dan bukan pengesahan terhadap dakwaan ROS bahawa berlaku salahlaku.

[Baca berita penuh]
 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.