Kerusi Sarikei: Mahkamah tolak petisyen BN
Diterbitkan: Sep 5, 2013 4:19 PM | Dikemas kini: Sep 5, 2013 4:29 PM
Mahkamah Pilihan Raya hari ini menolak petisyen yang dikemukakan Barisan Nasional (BN) untuk membatalkan keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 bagi kerusi parlimen Sarikei yang dimenangi DAP.
Hakim Chew Soo Ho membuat keputusan bahawa petisyen yang difailkan Ding Kuong Hing daripada BN tidak mematuhi beberapa syarat di bawah Peraturan Petisyen Pilihan Raya 1954.
Ding, yang mewakili Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), kalah dengan 505 undi kepada Wong Ling Biu daripada DAP pada pilihan raya umum itu.
Beliau memfailkan petisyen berkenaan pada 11 Jun.
- Bernama
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.