Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pelanggaran meluas dalam PRU13, kata PEMANTAU

PEMANTAU - yang dianggotai BERSIH, Mafrel dan Pusat Komas - dalam laporan  pemantauannya terhadap  pilihan raya umum ke-13 (PRU13) - membuat kesimpulan bahawa terdapat salah laku pilihan raya yang meluas.

Dalam laporannya yang dikeluarkan di Petaling Jaya malam tadi, PEMANTAU yang mengumpul data dari kira-kira 2,000 sukarelawan yang memantau PRU13 di seluruh negara, berkata ia tidak memenuhi standard bagi pilihan raya yang bersih, bebas dan adil.

Projek tersebut memantau sejumlah 23 kerusi parlimen pada hari penamaan calon, 51 kerusi dalam tempoh berkempen dan 87 kerusi pada hari pengundian.

Menurutnya, terserah kepada rakyat untuk memutuskan sama ada salah laku pilihan raya, tindakan keganasan dan ugutan serta dakwaan rasuah yang dipantau oleh PEMANTAU adalah cukup untuk mengubah keputusan PRU13.

"Apa yang PEMANTAU boleh simpulkan ialah PRU13 tidak memenuhi piawaian domestik dan antarabangsa bagi pilihan raya yang bebas dan adil yang bersih, " kata Yasmin Masidi, salah seorang penulis laporan tersebut.

[Baca berita penuh]

ADS