Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Azalina batal hasrat cabar Shahrizat
Diterbitkan:  Sep 11, 2013 1:58 PM
Dikemaskini: 6:55 AM

Ahli majlis tertinggi Umno Datuk Azalina Othman memutuskan untuk mempertahankan jawatan berkenaan dan tidak akan merebut jawatan ketua Wanita Umno yang kini disandang Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

NONE Azalina yang juga ketua Bahagian Pengerang memutuskan demikian walau terdapat pemimpin sayap berkenaan yang menyatakan sokongan kepadanya untuk mencabar Shahrizat.

Bekas menteri kabinet itu berkata, beliau memutuskan demikian "bagi mengelak perpecahan dalam Wanita Umno".

"Saya tak mahu bibit-bibit perpecahan berlaku dalam Wanita Umno yang merupakan tunjang kepada Umno.

"Berikutan itu saya buat keputusan untuk tidak bertanding jawatan Ketua Wanita, tetapi akan mempertahankan jawatan sebagai ahli Majlis Tertinggi (MT) pada bulan depan," kata Azalina seperti dilaporkan akhbar Utusan Malaysia hari ini.

Sokongan terhadapnya dinyatakan oleh anggota exco Wanita Umno Datuk Maznah Hamid yang berkata MP Pengerang itu harus bertanding jawatan ketua sayap bagi mengukur kekuatan dan menguji penerimaan akar umbi.

"Jangan tarik diri kerana khuatir takut kecundang," kata Maznah seperti dipetik dalam laporan Berita Harian hari ini.

Azalina sebelum ini menawarkan diri untuk bertanding jawatan itu atas alasan tidak berpuas hati dengan pencapaian wanita dalam Umno.

Pengundurannya daripada mencabar Shahrizat kini mengukuhkan lagi kedudukan Shahrizat yang sebelum ini dilaporkan menerima sokongan tujuh wanita negeri,iaitu Melaka, Kedah, Perlis, Pulau Pinang, Johor, Selangor dan Perak.

Penamaan calon bagi jawatan Exco Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno diadakan serentak pada 21 September manakala tarikh pemilihan 12 Oktober.

ADS