Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Presiden PAS: Chin Peng sudah meninggal?
Diterbitkan:  Sep 17, 2013 6:13 PM
Dikemaskini: 12:39 PM

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang kelihatan terkejut apabila diminta menyatakan pendiriannya sama ada mayat bekas pemimpin Parti Komunis Malaya Chin Peng patut dibawa pulang untuk dikebumikan ke negara ini.

Beliau kelihatan tidak mengetahui perkembangan bahawa Chin Peng telah meninggal dunia di Bangkok semalam.

Hadi ketika ditanya dalam satu sidang media hari ini berpaling ke arah naib presiden, Datuk Mahfuz Omar dan bertanya sama ada benar Chin Peng telah meninggal dunia.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas soalan berkenaan, yang dikemukakan wartawan.

Katanya. beliau tidak mahu mengulas soal untuk membawa pulang mayat Chin Peng kerana PAS tidak membentuk kerajaan pusat.

"Itu urusan kerajaan, saya tak nak masuk campur. Jadi saya tak perlu bagi pendapat," katanya.

Anggota jawatankuasa PAS Dr Dzulkefly Ahmad semalam menyarankan agar mayat Chin Peng dibenarkan untuk dibawa pulang ke negara ini.

Kerajaan sehingga kini masih berkeras untuk tidak membenarkan mayat tersebut dibawa pulang, dan mendakwa bekas pemimpin komunis itu tidak pernah memohon kerakyatan Malaysia.

ADS